Thursday 11 October 2012

Pengenalan

Selangor Citizen Fan Club (SCFC) ditubuhkan pada 11 April 2012 hasil usaha 7 orang peminat setia pasukan bolasepak Selangor FA. Ia ditubuhkan bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat kecintaan terhadap pasukan bolasepak Selangor di kalangan peminat dan penyokong setia Selangor FA. 

Di samping itu juga, SCFC juga menjadi medan kepada penyokong untuk berkongsi pelbagai maklumat serta hal ehwal semasa tentang pasukan dan juga pemain-pemain kesayangan mereka. Daripada sebuah page di facebook yang mempunyai seramai lebih kurang 100 orang "likers", kini page SCFC telah mencapai lebih kurang 1000++ "likers" dalam masa 6 bulan. SCFC kini berkembang setapak lagi dengan mewujudkan sebuah blog yang menjadi platform kedua kepada penyokong untuk mengetahui hal ehwal semasa pasukan Selangor FA selain di page facebook SCFC. 


Misi utama kami adalah untuk memartabatkan bolasepak negeri Selangor khususnya pasukan Selangor FA. Kami juga berharap, dengan penubuhan SCFC ini dapat menyatu padukan penyokong setia Selangor FA tidak kira usia, bangsa dan agama. 



Viva SELANGOR..!! Viva RED GIANT..!! Viva SCFC..!!



No comments:

Post a Comment